teras 1Inklusiviti sentiasa menjadi prinsip penting agenda pembangunan sosioekonomi negara dan matlamat utama Model Baru Ekonomi. Komitmen ini membolehkan hasil pembangunan dikongsi bersama dalam kalangan rakyat tanpa mengira gender, etnik, tahap sosioekonomi dan lokasi. Komitmen ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa pembangunan inklusif bukan sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan individu dan masyarakat, tetapi juga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi tempoh yang lebih panjang.

teras 2Kerajaan sentiasa melaksanakan pendekatan pembangunan yang seimbang dengan memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan merujuk kepada taraf dan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal dan psikologi individu. Kesejahteraan adalah penting bagi meningkatkan produktiviti dan mobiliti sosial serta mengukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional.

teras 3Pembangunan modal insan merupakan pemboleh penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong peralihan semua sektor kepada aktiviti berintensif pengetahuan. Pasaran buruh yang cekap dan berkesan perlu untuk menarik pelaburan bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.

teras 4Pertumbuhan hijau adalah pertumbuhan yang menggunakan sumber secara cekap, bersih dan berdaya tahan. Kerajaan terus komited untuk meneruskan pembangunan yang lebih mampan dengan beralih daripada trajektori pembangunan konvensional “grow first, clean-up later” yang berkos tinggi kepada pertumbuhan hijau bermula pada peringkat perancangan dan seterusnya peringkat pelaksanaan dan penilaian. Komitmen yang padu terhadap pertumbuhan hijau akan memastikan alam sekitar dan sumber asli negara yang bernilai kekal dipelihara dan dilindungi untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

teras 3Pembangunan infrastruktur adalah penting bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. Integrasi pelbagai mod pengangkutan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang dan barangan dengan lebih lancar. Di samping itu, infrastruktur yang cekap dapat mengurangkan kos mengendalikan perniagaan, dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Oleh itu, infrastruktur yang baik menjadi asas kepada penyertaan sosial serta perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.

teras 4Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah penting bagi mencapai aspirasi negara maju. Ekonomi yang kukuh dan mempunyai sumber pertumbuhan yang pelbagai serta mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai tinggi akan menjana pekerjaan bergaji tinggi selaras dengan ciri-ciri sebuah negara maju. Asas ekonomi perlu terus diperkukuh bagi membolehkan Malaysia berdaya tahan terhadap kejutan luar tanpa menjejaskan kemakmuran rakyat.

 

HUBUNGI KAMI
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
Blok B5 & Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya


Panggilan 1Malaysia (1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03-8888 3755
Laman Web : www.epu.gov.my

000169474